Sejarah Hidup Saidina Uthman Bin Affan
Biografi
Nama sebenar
beliau ialah Uthman b. ‘Affan b. Abul As yang mana beliau dilahirkan ketika
Baginda Nabi Muhammad SAW berumur5 tahun.Beliau dilahirkan di dalam sebuah
keluarga Quraish yang paling keras sekali tentangannya
terhadap islam dan rasulullah saw iaitu Bani Umayyah yang kaya di Makkah.Uthman bin
Affan (Arab: عثمان بن عفان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw dan
penulis wahyu. Beliau juga merupakan salah seorang daripada orang yang pertama
sekali memeluk Islam dan amat
dikenali kerana sifat belas kasihan dan dermawannya kepada orang yang susah.
semasa di madinah,beliau membeli telaga air dari yahudi dan mewaqafkannya untuk
keperluan masyarakat islam. Beliau merupakan salah seorang saudagar yang terkaya di Tanah Arab sehingga digelar
denagn gelaran “Al Ghani”.Beliau juga berhijrah ke Habshah dan Madinah. Kemuliaan sifat Uthman
Beliau adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap
wara’.Tengah malamnya tidak pernah disia-siakan.Beliau memanfaatkan waktu itu
untuk mengaji Al Quran dan setiap tahun beliau mengerjakan haji dan dalam
sepanjang tahun beliau berpuasa setiap hari kecuali pada hari-hari yang ditegah
berpuasa.Apabila sedang berzikir dari matanya mengalir air mata haru.Beliau
selalu bersegera dalam melakukan amal kebajikan dan kepentingan umat.kerana
keluhuran budi akhlaknya itulah rasul pernah bersabda kepadanya”malikat sangat
malu kepadamu hai Uthman”.
Beliau dilantik menjadi khalifah pada 23 hijrah oleh
jawatankuasa syura yang ditubuhkan oleh khalifah Umar Al Khattab ra.Selepas
kewafatan saidina Umar yang mati ditikam.Beliau merupakan khalifah yang ketiga
selepas saidina Abu Bakar dan saidina Umar.Beliau digelar “Zu al-nurain” yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua
orang puteri rasulullah iaitu Ruqayyah dan Umi Kalthsum.
kepimpinan dan sejarah pentadbirannya
Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara.Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan khalifah Uthman selama 12 tahun kepada 2 bahagian iaitu pertamanya zaman keamanan dan keagungan islam,manakala yang keduanya pula ialah zaman ‘finatul-kubra’ iaitu zaman huru hara.
Zaman keamanan dan keagungan islam
saidina Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya menyebarkan islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang berjaya ditakluki ialah Cyprus,Afganistan,Samarqand,Libya,Algeria,Tunisia,Morocco dan beberapa buah negara lagi.Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut islam yang pertama begi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa.Banyak negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini.
Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran islam terjadi secara meluas.Apabila ramainya orang yang memeluk islam,maka berlaku perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari islam.Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari Al Quran.Terdapat banyak perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain.Dalam keadaan ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang islam dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.Zaman keamanan dan keagungan islam
saidina Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya menyebarkan islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang berjaya ditakluki ialah Cyprus,Afganistan,Samarqand,Libya,Algeria,Tunisia,Morocco dan beberapa buah negara lagi.Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan tentera laut islam yang pertama begi menjamin keselamatan dan melakukan perluasan kuasa.Banyak negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera ini.
Pembukuan Al quran
Saidina Uthman telah mengadakan satu naskah Al Quran yang baru,yang mana ianya digunakan secara rasmi oleh umat islam.Penyusunan dan pengumpulan Al Quran ini adalah menggunakan lahjah Bahasa Quraish berdasarkan persetujuan para sahabat.Al Quran yang berbeza telah dibakar .Mereka telah memilih 4 huffaz sebagai penyusun Al Quran iaitu Saidina Zaid,Abdullah bin Zubayr,Said bin Al ‘Asy dan Abdurrahman bin Al Harith ibnu Hisyam.Al quran inilah yang digunakan sehingga ke hari ini di mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani .Langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al Quran sebagai sumber perundangan islam.
Saidina Uthman telah mengadakan satu naskah Al Quran yang baru,yang mana ianya digunakan secara rasmi oleh umat islam.Penyusunan dan pengumpulan Al Quran ini adalah menggunakan lahjah Bahasa Quraish berdasarkan persetujuan para sahabat.Al Quran yang berbeza telah dibakar .Mereka telah memilih 4 huffaz sebagai penyusun Al Quran iaitu Saidina Zaid,Abdullah bin Zubayr,Said bin Al ‘Asy dan Abdurrahman bin Al Harith ibnu Hisyam.Al quran inilah yang digunakan sehingga ke hari ini di mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani .Langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian Al Quran sebagai sumber perundangan islam.
Pembesaran masjid nabawi
Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai.Oleh itu,khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut.Masjid tersebut telah di luaskan pada tahun 29 hijrah.
penyebaran dakwah islam
Saidina Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan.Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum islam kepada rakyatnya.Ramai pendakwah telah dihantar ke serata negeri bagi memperluaskan ajaran islam.Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum islam dan juga melantik ramai petugas khas yang membetulkan saf-saf sembahyang.Beliau juga banyak menggunakan Al Quran dan as sunnah dalam menjalankan hukum-hukum.
perkembangan islam semasa pemerintahan saidina uthman
Pada masa zaman pemerintahannya,keadaan pemerintahan islam dari semasa ke semasa mula menjadi bertambah luas dan mula menempuh satu zaman peralihan dalam kehidupan asal orang Arab menuju suatu kehidupan baru dan pada zamannyalah bermulanya zaman kemewahan hidup yang timbul hasil daripada penaklukan negeri-negeri baru.Dalam pemerintahannya,orang islam mula merasa hidup mewah dan menerima kemakmuran.Mereka yang menghadiri majlis –majlis jamuan khalifah Uthman pada zaman itu dapat melihat perbezaan besar jika dibandingkan dengan jamuan yang diadakan pada zaman khalifah Umar.Sebagai seorang khalifah,beliau merasa bahawa rakyatnya berhak menikmati hidup yang makmur itu,tetapi beliau tidak membenarkan orang-orang islam bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran itu hingga melanggar hukum-hukum Allah.pada zaman beliau,ramai daripada para sahabat Rasul keluar meniggalkan Bandar Madinah dan bermastautin di wilayah-wilayah yang baru diperintah oleh pemerintah islam.Pemergian mereka itu tidak dilarang oleh Saidina Uthman.Pada zaman pemerintahan Saidina Umar,para sahabat tidak dibenarkan keluar dan bermastauin di negeri-negeri yang baru diperintah oleh orang-orang islam.Tetapi di zaman pemerintahan saidina Uthman tegahan itu dihapuskan.Saidina Uthman tidak begitu mengambil berat terhadap gabenor-gabenor islam yang memerintah di wilayah islam khususnya mengenai perjalanan mereka untuk menjaga nama baik mereka dan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yanag mungkin menimbulkan fitnah.Berlainan dengan saidina Umar yang sangat mengambil berat tenteng kedudukan wakil-wakilnya yang memerintah.
zaman ‘finatul-kubra’ (zaman huru hara)
Pada akhir tahun 34 hijrah,pemerintahan islam dilanda fitnah.Sasaran fitnah tersebut ialah saidina Uthman hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun yang berikutnya.Timbulnya peristiwa -peristiwa yang baharu ini bukanlah disebabkan kecuaian saidina Uthman atau beliau sengaja meringan-ringankan hukum,bahkan hukuman-hukuman yang sewajarnya tetap dikenakan ke atas siapa juga yang melanggar larangan agama islam.Tetapi bagaimanapun percubaan-percubaanya itu tidak menghasilkan hasil yang baik,berlainan dengan apa yang dijalankan oleh saidina Umar semasa pemerintahannya dan ini menyebabkan fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara pihak pemerintah dengan orang ramai.Fitnah yang keji datang dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang hendak menunaikan umrah pada bulan Rejab.Saidina Ali bermati-matian membela Saidina Uthman dan menyagkal tuduhan mereka.
saidina Ali menanyakan keluhan dan tuduhan mereka.Pada hari jumaat,saidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata ‘Ya Allah,aku beristighfar dan bertaubat kepada Mu.Aku bertaubat di atas perbuatanku’ Saidina Ali menjawab soalan orang-orang islam itu.Setelah mendengar penjelasan Saidina Ali ra,umat islam pulang dengan rasa puas.Tetapi,para penipu fitnah terus melancarkan fitnah dan melaksanakan rancangan jahat mereka.Akhirnya,tibalah kemuncak kepada fitnah itu apabila masuknya tahun35 hijrah sehingga Saidina Uthman sendiri memberitahu kepada para muslimin tentang perancangan jahat golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’.Para sahabat meminta agar mereka dibunuh kerana menderhaka kepada khalifah tetapi Saidina Uthman melarangnya kerana mengikut jejak rasulullah yang menegah daripada membunuh golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai sebelum ini dimana dibimbangi musuh islam akan menuduh Nabi membunuh sahabat nya sendiri.
fitnah surat layang
Diantara mereka ada yang menyebarkan tulisan surat palsu daripada Saidina Uthman.Setelah menerang kan isi surat tersebut,maka Saidina Ali dan beberapa sahabat terus menemui Saidina Uthman di mana beliau bersumpah serta menafikan penulisan surat itu dan ia merupakan antara usaha jahat pihak Ibnu Saba’ dan Khawarij dengan menggunakan khadam dan cap mohornya.Saidina Ali dan sahabat mengakui kebenarannya.Surat layang ini digunakan sepenuhnya dalam menjatuhkan Saidina Uthman terutamanya keadaan Madinah yang sememangnya pada waktu itu kekurangan penduduknya terutamanya golongan lelaki yang ketika itu keluar berperang,ada juga yang berdakwah dan tak kurang juga yang menunaikan haji.Jumlah yang ada begitu sikit berbanding dengan puak Khawarij seramai 3 ribu orang.Setelah melihat keadaan Madinah yang begitu tegang,maka Saidina Uthman telah mengutuskan surat bagi meminta bantuan para muslimin terutamanya di Mesir,Kufah dan Basrah untuk datang ke Madinah bagi mengusir puak Khawarij.Para muslimin begitu bersemangat dan bersedia untuk membantu Saidina Uthman yang kini dikepung di Madinah bermula 8 Zulkaedah tahun 35 hijrah.Saidina Uthman tahu tentang para muslimin yang bersedia berperang dengan pemberontak lalu mengutuskan utusan untuk menegah para muslimin daripada berperang.Malah semasa dikepung,Saidina Uthman yang ditemani hampir 700 orang sahabat tetap menegah para sahabat daripada berperang dengan pemberontak. saidina Ali menanyakan keluhan dan tuduhan mereka.Pada hari jumaat,saidina Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata ‘Ya Allah,aku beristighfar dan bertaubat kepada Mu.Aku bertaubat di atas perbuatanku’ Saidina Ali menjawab soalan orang-orang islam itu.Setelah mendengar penjelasan Saidina Ali ra,umat islam pulang dengan rasa puas.Tetapi,para penipu fitnah terus melancarkan fitnah dan melaksanakan rancangan jahat mereka.Akhirnya,tibalah kemuncak kepada fitnah itu apabila masuknya tahun35 hijrah sehingga Saidina Uthman sendiri memberitahu kepada para muslimin tentang perancangan jahat golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’.Para sahabat meminta agar mereka dibunuh kerana menderhaka kepada khalifah tetapi Saidina Uthman melarangnya kerana mengikut jejak rasulullah yang menegah daripada membunuh golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai sebelum ini dimana dibimbangi musuh islam akan menuduh Nabi membunuh sahabat nya sendiri.
fitnah surat layang
Pertemuan terakhir Saidina Uthman dengan para muslimin ialah seminggu selepas bermulanya kepungan dimana beliau menyuruh mereka bersabar.Selepas itu Saidina Uthman terus terkepung di dalam rumahnya sehinggalah terputus bekalan air.Ketika Saidina Ali dan isteri nabi Ummu Habibah meminta kebenaran daripada pemberontak untuk memberi air kepada Saidina Uthman maka ia ditolak mentah-mentah oleh pemberontak.
Pertempuran di hadapan rumah Saidina Uthman
Pemberontak Khawarij memulakan tindakan seterusnya selepas 30 hari membuat kepungan terhadap Saidina Uthman kerana mereka bimbang tibanya bantuan tentera muslimin.Serangan awal mereka ialah dengan membakar pintu dan atap rumah Saidina Uthman di mana beberapa orang yang berada dalam rumah berusaha memadamkan api sedangkan Saidina Uthman sedang sembahyang.Para muslimin yang bertindak mengawal rumah Saidina Uthman mula bertempur dengan pemberontak di mana 2 orang muslimin gugur syahid.Melihat perkara itu lalu Saidina Uthman memerintahkan semua yang bertindak mengawalnya agar pulang ke rumah masing-masing.Para muslimin akur dengan perintah khalifah tersebut.
Akhirnya tibalah hari jumaat 18 Zulhijjah tahun35 hijrah yang merupakan hari terakhir bagi kehidupan dunia Saidina Uthman iaitu hari ke 40 daripada kepungan itu.Beliau yakin telah tiba hari ajalnya lalu berpuasa dan banyak membaca Al Quran agar beliau mati syahid dalam keadaan berpuasa dan membaca Al Quran.Pemberontak meminta agar beberapa orang dari kalangan mereka untuk masuk dan membunuh Saidina Uthman.Tetapi seorang demi seorang sehinggalah cukup 4 orang di mana orang terakhir ialah Muhammad bin Abu Bakar sendiri di mana mereka masuk dan mengugut Saidina Uthman agar melucutkan jawatan khalifah tetapi beliau enggan dan memberi hujah yang menyebabkan cubaan membunuhnya gagal dilakukan oleh 4 orang tadi.Antaranya Saidina Uthman menyatakan bahawa mereka bukanlah orang sebenar yang akan membunuhnya dan antara mereka merupakan orang yang dijanjikan Allah melalui lidah Rasulullah tentang pengampunan dosa dan orang yang pernah didoakan nabi dalam peperangan sebelum ini .Akhirnya mereka keluar tanpa membunuh Saidina Uthman sepertimana yang di suruh oleh ketua mereka. Selepas itu 3 pemimpin Khawarij dengan perasaan marah telah masuk ke dalam rumah Saidina Uthman di mana Ghafiqi telah memukul Saidina Uthman dengan besi dan menyepak Al Quran yang dibaca olehnya.Al Quran itu terus terbuka dan tetap berada di tangan Saidina Uthman sehingga darah yang mengalir dari muka beliau terkena ayat 137 surah Al Baqarah yang bermaksud”Maka cukuplah Allah bagi kamu daripada kejahatan mereka dan Dialah Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.Kemudian datang pula Sudan lalu dilibas pedangnya ke arah Saidina Uthman tetapi isterinya Nailah menahannya sehingga pedang itu telah memutuskan jarinya.Sudan yang hilang perikemanusiaan itu terus menetak Saidina Uthman beberapa kali sehingga beliau gugur syahid.Seorang anak Saidina Uthman iaitu Najih yang melihat Sudan membunuh ayah nya terus menerkan Sudan lalu membunuhnya.Qatirah seorang lagi pemimpin Khawarij yang melihat kejadian itu terus membunuh Najih.Manakala seorang lagi anak beliau iaitu Sobih turut gugur syahid dibunuh ketika membunuh Kalthom Tajibi yang sedang menganiayai ibunya Nailah. Pemberontak Khawarij memulakan tindakan seterusnya selepas 30 hari membuat kepungan terhadap Saidina Uthman kerana mereka bimbang tibanya bantuan tentera muslimin.Serangan awal mereka ialah dengan membakar pintu dan atap rumah Saidina Uthman di mana beberapa orang yang berada dalam rumah berusaha memadamkan api sedangkan Saidina Uthman sedang sembahyang.Para muslimin yang bertindak mengawal rumah Saidina Uthman mula bertempur dengan pemberontak di mana 2 orang muslimin gugur syahid.Melihat perkara itu lalu Saidina Uthman memerintahkan semua yang bertindak mengawalnya agar pulang ke rumah masing-masing.Para muslimin akur dengan perintah khalifah tersebut.
Kewafatan Saidina Uthman sebelum Maghrib hari jumaat 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dalam usia 83 tahun.Jasad enam orang termasuk jenazah Saidina Uthman dituntut daripada pemberontak pada malam tersebut manakala 3 mayat pemberontak pula dibuang di dalam kebun sehingga dimakan oleh anjing.Para muslimin begitu sedih dengan kewafatan Saidina Uthman dan para sahabat melaknat para pemberontak yang melakukan kekacauan dan pembunuhan kejam itu.
Sejak itu bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah islam dan kekuasaan islam sering diwarnai oleh titisan darah.
Pemerintahan beliau memakan masa selama 12 tahun,yang mana ianya merupakan pemerintahan yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa’ ar Rasyidin.
Sejak itu bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran sejarah islam dan kekuasaan islam sering diwarnai oleh titisan darah.
Pemerintahan beliau memakan masa selama 12 tahun,yang mana ianya merupakan pemerintahan yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa’ ar Rasyidin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
buruknya blog
BalasPadamko lagi burok
PadamManusia penuh perasaan hasad dengki. Pedulikan manusia mcm ni.
Padamapa sebenarnya masalah kau
PadamNOT BAD
BalasPadamTerima Kasih untuk info
BalasPadam